Pertandingan Reka Bentuk Logo (Kategori 13 Tahun Hingga 17 Tahun)
14 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPertandingan Reka Bentuk Logo bagi kategori umur 13 hingga 17 tahun dianjurkan untuk Kempen Internet Selamat. Ia berlangsung dari 3 hingga 16 Jun 2026. Peserta perlu menghasilkan reka bentuk berkonsepkan keselamatan internet bersaiz A4 menggunakan aplikasi Canva. Melalui penyertaan dalam pertandingan ini, peserta bukan sahaja dapat mengasah bakat dalam bidang reka bentuk grafik, malah turut meningkatkan kesedaran mengenai amalan penggunaan internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: